BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah didatangi haid pada 20 mei 2019 sehingga 26 mei 2019. Selepas itu saya telah berpuasa selama 7 hari. Pada 3 jun, saya telah didatangi haid. Adakah puasa saya selama 7 hari dikira atau sebaliknya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, puasa puan selama 7 hari tersebut adalah sah kerana puan telah yakin suci daripada haid. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW kepada Fatimah binti Abi Hubaish R.ha, sabdanya : فإذا أقبلت الحيضة فدعي الصلاة وإذا أدبرت فاغسلي عنك الدم وصلي Maksudnya : “Apabila datang haid maka tinggalkanlah solat dan apabila ia berhenti maka mandilah untuk membersihkan dirimu daripada darah dan dirikanlah solat” (Riwayat al-Bukhari) Justeru, jika puan yakin haid telah berhenti, maka mandilah wajib untuk bersolat dan berpuasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image