Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jarak antara imam mesjid dan saf pertama adakah mesti kurang dari 3 hasta? Bagaimana jika lebih dari tiga hasta tetapi bersambung antara sejadah iman dan sejadah makmum?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, antara syarat mengikut Imam adalah kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan daripada Imam, sunat bagi makmum terbelakang daripda Imam sekadar 3 hasta atau kurang. Berkaitan jarak saf di dalam solat, perkara ini dijelaskan di dalam kitab Al Mu’tamad Fi Al Fiqh Ash Syafi’e, karangan Prof. Dr. Muhammad Az Zuhaili yang bermaksud: “Jika imam dan makmum berada di dalam masjid yang sama, maka sah makmum solat mengikut imam walaupun kedua - duanya solat berjauhan. Dinyatakan di dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik R.A, sesunguhnya Nabi S.A.W bersabda; رُصُّوا صُفُوفَكُمْ وَقَارِبُوا بَيْنَهَا وَحَاذُوا بِالْأَعْنَاقِ , فوالذي نفسي بيده إني لأرى الشيطان يدخل من خلل الصف كأنه الحذف Maksudnya ; “Rapatkan saf-saf kamu (rapatkan diantara setiap orang di dalam saf yang sama), dan dekatkan diantara saf-saf kamu (dekatkan di antara saf dengan saf hadapan dan belakang), dan selarikan (samakan) leher - leher kamu (leher, tumit, bahu, betis dan kaki). Demi Zat yang diriku berada di dalam”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.