BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya belum berkahwin dan telah memilih seorang duda yang kematian isteri untuk menjadi suami saya. hasil perkahwinan bakal suami sy dan arwah isterinya mereka dikurniakan seorang anak. soalan saya, bagaimana sy nak mendapat berkat seorang suami dalam masa yg sama bakal suami saya masih teringat pada arwah isteri. dan disyurga nnt siapakah yang akan bersama suami. saya atau arwah isteri beliau? terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, anak bakal suami itu akan menjadi anak tiri saudari. Kedudukannya sama seperti anak sendiri setelah saudari bernikah dan sempurna sebagai suami isteri. Soal untuk mendapatkan keberkatan ialah dengan mematuhi peraturan agama, taat pada suami kecuali dalam perkara yang bercanggah dengan syarak. Perasaan teringat arwah isteri oleh bakal suami adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi tentang hal kebaikannya. Ia hanya bersifat sementara. Insya-Allah ia akan hilang setelah saudari menjadi isterinya yang sah. Kalaupun masih kekal, ia adalah fitrah manusia biasa. Soal di syurga, tidak berbangkit kerana di syurga tidak ada penyesalan. Penuh dengan nikmat. Allah SWT akan kurniakan pasangan masing-masing mengikut kehendaknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 164

message user image