BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamua'laikum YBhg. Datuk Mufti, Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan pelaburan melalui Contract for Differences (CFD). Adakah dibolehkan sekiranya menggunakan broker yang dimiliki oleh orang Islam yang memberi jaminan 'swap free' dengan kata lain tidak terlibat dgn riba. Mohon pandangan SS Dato Mufti memandangkan pelaburan CFD ini banyak mendatangkan keuntungan setakat ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, semamangnya benar, dalam pelaburan atau perniagaan perkara pertama yang harus difahami dan diambil perhatian adalah berkenaan riba’ atau faedah yang mana dalam Islam ia adalah haram, sebagaimana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba” (al-Baqarah : 275) Namun, harus juga diperhatikan dalam urusan perniagaan atau pelaburan dalam Islam bukan hanya melihat riba’ satu-satunya elemen yang perlu dielakkan tetapi banyak perkara yang perlu dititik beratkan bagi memastikan harta yang diperolehi (keuntungan) mematuhi kehendak syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 176

message user image