BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Aslmkm. Soalan/masaalah : kejadian pd solat subuh pagi jumaat, yg biasanya imam membaca surah sejadah, tapi imam membaca surah al lail pd rekaat pertama n sutah ikraq pd rekaat yg k dua. Srlesai imam membaca surah iqraq pd rekaat k dua, beliau terus sujud sajadah, baca tahya n salam. Kemudian beliau memusing manghadapi jemaah, setai bertanya, "tk da rukuk ya". Lantas beliau bangun, bertakbir, terus rukuk, sujud dgn sampurna n salam. Soaalan : 1. 1. sah k solat beliau? 2. Patut k makmum mufarraqa 3. Patut k d ulangi solat tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Solat imam tersebut sah kerana imam tersebut meninggalkan rukun dengan tidak sengaja. Tambahan pula, tidak berlaku masa yang lama antara masa selesai memberi salam dan masa imam tersebut masuk kembali ke dalam solat bagi menyempurnakan rakaat tadi. 2. Jika makmum menyedari bahawa imam telah tertinggal rukun namun dia masih mengikuti imam, maka batal solatnya. Wajib makmum tersebut mengulangi solatnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image