Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya inginkan kepastion tentang beranda masjid, adakah ianya termasuk di dalam masjid atau tidak. Sekarang ini banyak masjid menggunakan penyaman udara dan menutup pintu ketika solat didirikan, apakah sah makmum yang bersolat di beranda masjid atau di kaki lima masjid mengikut imam yang di dalam itu ? sekian terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, beranda masjid adalah termasuk di dalam kawasan masjid. Sah solat makmum yang bersolat di beranda masjid atau di kaki lima masjid selagi mana makmum tersebut mengetahui pergerakan imam (dari satu rukun ke satu rukun, di mana-mana ruang masjid tanpa disyaratkan dekat atau jauh) sama ada dengan melihat imam atau melihat sebahagian daripada makmum atau melihat melalui skrin atau mendengar muballigh (penyampai takbir imam). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.