BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya nak tanya adakah jatuh talak bila suami sebut 'aku nak bagi hang talak 3' dan apakah langkah yang perlu di buat.. Terima kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz suami “aku nak bagi hang talak 3” merupakan ayat yang tidak jelas samaada untuk menjatuhkan talak atau ayat perbualan . Namun begitu sebaiknya rujuk terus ke mahkamah rendah syariah yang berhampiran bagi mendapatkan pengesahan lafaz tersebut samaada jatuh atau pun tidak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image