BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ingin bertanya adakah boleh suami menceraikan isterinya yang baru dikahwini atas sebab si lelaki sebenarnya tidak rela berkahwin dengan wanita tersebut dan tidak ada perasaan terhadap isterinya. Majlis akad nikah tetap dijalankan atas dasar demi menjaga nama baik kedua belah pihak keluarga. Tetapi hingga kini, si suami tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sepenuhnya (contoh: nafkah batin) kerana tiada rasa cinta yang timbul untuk isterinya dan si suami tidak mampu memaksa dirinya untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, talak dalam Islam adalah sesuatu yang disyariatkan sekiranya sesuatu perkahwinan itu boleh membawa kemudharatan dan tidak dapat mencapai matlamat perkahwinan, kerana itulah hukum talak terbahagi kepada hukum wajib, harus, sunat, haram dan makruh. Hukum itu boleh diputuskan berdasarkan kepada sebab yang dihadapi oleh pasangan dalam perkahwinan tersebut. Oleh yang demikian, sekiranya suami dan isteri tersebut telah muktamad tidak dapat meneruskan perkahwinan dengan baik, maka dicadangkan : i. Suami dan isteri boleh terus pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan, mudah-mudahan dengan sesi tersebut perkahwinan dapat diselamatkan, diberi peluang dan dibantu dengan sebaiknya. ii. Boleh terus ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk memohon pandangan atau tindakan yang patut diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. iii. Diharap pasangan suami isteri perkuatkan dengan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar diberikan kemudahan dalam melayari bahtera perkahwinan. Terdapat ramai pasangan yang timbul rasa sayang dan cinta selepas perkahwinan dan kekal dalam kebahagiaan mudah-mudahan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 90

message user image