BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamu'alaikum Saya ingin tahu sama ada puasa sah atau batal dengan penggunaan ubat inhaler dan neubehaler untuk seseorang yang menghadapi penyakit asma ? Terima kasih tuan, Assalammu'alaikum.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menggunakan inhaler dan nebuliser membatalkan puasa berdasarkan kepada garis panduan berpuasa bagi pesakit yang dikeluarkan oleh JAKIM, gas semburan daripada alat inhaler mempunyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika disembur di atas kertas, 90% darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna setiap jisim-jisim gas itu akan masuk ke perut setiap kali semburan. Oleh sebab itu hukum puasa bagi mereka yang mengambil rawatan perubatan menggunakan inhaler ketika sedang berpuasa adalah batal dan puasa tersebut perlu diganti berdasarkan jumlah hari yang ditinggalkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 272

message user image