Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah dibenarkan dalam Islam jika ibubapa memaksa anaknya (perempuan) berkahwin dengan pilihan ibubapa tanpa rela anaknya atau persetujuan dari anaknya itu? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, ia dibenarkan. Dalam Islam, ayah kandung merupakan wali mujbir (wali yang mempunyai bidang kuasa mengahwinkan anak atau cucu perempuan yang masih perawan atau dara tanpa meminta izin gadis itu terlebih dahulu), dengan syarat perkahwinan tersebut adalah dengan pasangan yang sekufu (sepadan). Sebaiknya, perlulah mendapatkan kerelaan anak dan persetujuan bakal suami yang hendak dikahwinkan supaya rumahtangga yang dibina bahagia dan mendapat barakah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.