Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum isteri menginaikan rambut dengan niat untuk kelihatan cantik dihadapan suaminya walaupun rambut tidak beruban?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, menginaikan rambut untuk kelihatan cantik dihadapan suaminya adalah harus, walaupun rambut tidak beruban. Pastikan kandungan bahan dalam inai (jika inai campuran) tidak mengandungi bahan yang diharamkan oleh syarak. Kecantikan ditampilkan dihadapan suami dan mahramnya sahaja, bukan sebaliknya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.