Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apa hukumnya anak bersedekah dengan ibunya sendiri?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dibolehkan memberi sedekah kepada ibu sendiri. Ganjaran memberi sedekah kepada keluarga adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa : دينار أنفقته في سبيل الله ودينار أنفقته في رقبة ودينار تصدقت به على مسكين ودينار أنفقته على أهلك أعطمها أجرا الذي أنفقته على أهلك Maksudnya : “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu ” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.