Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah boleh nikah di surau dalam keadaan haid dan apakah hukumnya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, bernikah dalam keadaan haid di surau adalah diharuskan oleh syarak kecuali jika dia yakin tidak akan mengotorkan surau dengan darah haidnya, maka haram hukumnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.