Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Hukum solat memakai tiub kencing?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, dalam isu ini, jika tidak boleh dipisahkan daripada seseorang dan sentiasa bersama dengannya maka ketika itu dikira darurat dan dibolehkan dan sah solatnya. Dinasihatkan sebaik-baiknya biarlah pada kadar yang kurang dengan dibuang dahulu atau ditukar dan dibersihkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.