BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah menopause sejak 4 tahun yg lalu. Baru-baru ini doktor telah mengesyorkan saya mengambil pil hormone replacement therapy untuk mengatasi masalah yang saya hadapi akibat dari menopause. Setelah mengambil pil tersebut, ada penurunan darah sedikit seumpama darah haid selama beberapa hari. Doktor mengatakan 'withdrawal of blood spot' ini adalah kesan biasa kerana pengambilan pil hormon tersebut. Soalan saya, adakah saya boleh melakukan ibadah seperti solat, membaca alquran dan puasa ketika mengalami penurunan darah ini?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, oleh kerana puan telah mengalami tempoh menopause selama 4 tahun, maka darah yang keluar setelah mengambil pil tersebut adalah darah penyakit (istihadah). Keadaan ini dapat difahami daripada ayat 4 Surah at-Talaq yang bermaksud: “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid”. Ayat ini menjadi asas yang kuat bahawa bila sudah memasuki usia menopause, darah haid tidak lagi keluar. Walau bagaimanapun, penjelasan tersebut hanya menerangkan tentang menopause. Sedang pendapat yang kuat mengatakan tidak ada batas umur maksimum tentang kedatangan haid. Oleh itu, jika darah yang keluar itu dalam keadaan seseorang itu sihat, tidak kira berapa umurnya dan memenuhi syarat dari segi tempoh (sekurang-kurangnya dan sifat-sifatnya), maka darah itu adalah darah haid. Mereka terikut dengan larangan bagi wanita yang kedatangan haid. (Majmu’ Fatawa). Puan boleh melakukan ibadah seperti solat, puasa dan membaca al-Quran ketika istihadah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 291

message user image