BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: apakah hukum saya makan / jual daging lembu yang saya langgar di jalan raya (sempat Sembelih). ini kerana tiada tuan lembu yang mengaku bertanggungjawab apabila diminta berbuat demikian. hasil jualan daging lembu tu saya guna untuk baiki kereta saya


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lembu tersebut merupakan harta luqatah dan perlu mengikut cara harta luqatah, iaitu jika barang itu mudah rosak, individu berkenaan boleh mengambil manfaat daripadanya seperti menjual serta mengambil wang hasil jualan tersebut atau memakannya tetapi hendaklah bersedia membayar ganti rugi, atau jika dituntut oleh pemiliknya. Di samping itu, tuan perlulah mengiklankan dan menghebahkannya selama setahun. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 99

message user image