BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya was-was ataupun ragu-ragu jika cara ibu saya mop rumah menyebabkan seluruh lantai rumah menjadi najis. Saya ragu jika air digunakan tidak mutlak dan baldi tidak suci sebagainya. Adakah ini was-was atau ragu-ragu semata-mata? Haruskah saya melayannya ataupun kembali ke asal keyakinan iaitu ianya suci?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perasaan was-was adalah berpunca daripada gangguan syaitan, maka seharusnya ditangani perasaan tersebut supaya ia tidak memberi mudharat kepada diri sendiri. Dalam hal ini, jika tiada bukti yang zahir bahawa adanya ain, bau atau rasa akan sesuatu najis, maka kembalilah kepada hukum asal bahawa ianya suci. Salah satu cara untuk menghilangkan keraguan ini adalah dengan mempelajari cara menghilangkan najis dengan betul dan memahami hukum-hukum air dengan tepat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 187

message user image