Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ingin bertanya adakah jatuh talak bila suami saya cakap "kalau aku berduit, aku lepaskan kau, menyesal aku kahwin dengan kau"
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz “Kalau aku berduit aku lepaskan kau, menyesal aku kahwin dgn kau” dikategorikan sebagai lafaz kinayah (tidak jelas). Yakni lafaz yang tergantung niatnya, sekiranya si suami berniat cerai maka jatuh talak jika sebaliknya maka tidak jatuh talak tersebut. Walaubagaimanapun, sebaiknya perkara tersebut perlu dirujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau di Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.