BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Ayah saya setelah kematian ibu saya, dia telah berkahwin dengan seorang wanita hampir 15 tahun .baru-baru ini ayah saya telah kembali ke rahmatullah. kami adik beradik semua nya telah berkeluarga dan ada yang telah bercucu. adik beradik kami seramai 7 orang satu telah meninggal dunia. Allahyarham ayah berkahwin dengan isteri baru tidak mempunyai anak. Soalan saya berapa lama tanggungjawab kami anak-anak bertanggungjawab terhadap ibu tiri kami itu.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, kedudukan ibu tiri itu sama seperti ibu kandung, kerana ibu tiri juga merupakan ibu yang sah (mahram) kepada anak suaminya (walaupun anak tiri) dan selama-lamanya tidak boleh bernikah dengan ibu tiri walaupun telah bercerai atau kematian suaminya. Firman Allah SWT : وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ Maksudnya : “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu” (an-Nisa’: 22) Tanggungjawab mengurus dan memberi nafkahnya semasa tempoh iddah (kematian suami) jatuh kepada ahli waris suaminya. Ibu tiri juga berhak mendapat harta pusaka suaminya. Oleh kerana ibu tiri tidak mempunyai anak kandung, maka kewajipan itu jatuh kepada anak tirinya mengikut kadar kemampuannya. Selama mana ia memerlukan, yakni tidak terhad dalam tempoh iddah sahaja. Jika anak tiri juga tidak berkemampuan, maka walinya (wali kepada ibu tiri) wajib memberikan nafkahnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image