Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukum suami isteri tinggal bersama rakan sekerja suami. Dan rakan suami itu bakal berkahwin dan akan membawa isterinya tinggal bersama kami dalam satu rumah.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, apabila pasangan suami isteri tinggal bersama rakan sekerja suami dalam satu rumah adalah dibolehkan jika pasangan suami isteri boleh menjaga kehormatan diri masing-masing dari segi aurat dan batas-batas pergaulan antara rakan sekerja suami tersebut dan tidak menimbulkan pra sangka buruk orang sekeliling. Namun, setiap pekara itu mempunyai baik dan buruknya dan sememangnya digalakkan pasangan suami isteri untuk tinggal di rumah sendiri atau menyewa rumah sendiri tanpa berkongsi dengan orang lain demi menjamin dan menjaga dasar privasi sebagai suami isteri. Malah dapat menjauhi tanggapan buruk dari orang sekeliling. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.