BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya baru sahaja kematian isteri. minta tuan jelaskan waris-waris utama yang perlu saya tahu untuk pembahagian harta pusaka mengikut faraid. situasi sekarang adalah saya ada anak lelaki 3 orang dan kedua ibubapa arwah isteri masih ada. minta pencerahan dari tuan.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, waris yang akan mewarisi harta si mati adalah ibu dan bapa si mati, masing-masing setiap seorang mendapat 1/6 daripada harta arwah. Manakala suami akan mewarisi ¼ daripada harta si mati. Setelah dibahagi bahagian-bahagian yang telah disebutkan tadi, bapa 1/6, ibu 1/6, suami ¼, maka kesemua lebihan harta tersebut akan diwarisi oleh ketiga-tiga anak lelaki tuan dengan kadar sama rata setiap seorang. Sebelum pembahagian faraid boleh dilakukan, waris mestilah melunaskan hutang-hutang arwah, zakat, haji dan wasiat (jika ada) terlebih dahulu sebelum harta tersebut dibahagikan kepada ahli waris. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image