BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Sohibus samahah, Saya ingin bertanya hukum penggunaan kad kesetiaan yang terdapat di stesen minyak, kedai buku, pasar raya dan lain-lain. Adakah ianya menepati kehendak syarak. (Contoh kad mesra dipetronas dan kad kedai buku popular)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum menggunakan Bagi kad diskaun/ keahlian yang diedarkan secara percuma, ianya dibolehkan kerana tiada mudharat ke atas pengguna. (Rujukan: Organization of the Islamic Conference, Islamic Fiqh Academy/ Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami)). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 112

message user image