BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada membuat pinjaman peribadi di bank untuk membayar hutang di bank lain dan lain-lain keperluan peribadi serta sebagai belanja bulanan anak-anak bersekolah, persoalan saya adakah perlu saya keluarkan zakat, jika perlu saya keluarkan berapakah kadarnya, dan adakah saya perlu keluarkan zakat dahulu sebelum saya membayar hutang di bank atau saya belanjakan dahulu kemudian lebihannya baru saya zakatkan ? mohon pencerahan mengenai masalah saya ustaz


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, Allah SWT berfirman yang bermaksud: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” (al-Baqarah : 267) Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tunaikanlah zakat harta kamu”. (Riwayat at-Tirmizi) Kalimah أموالكم (harta kamu) yang digunakan dalam hadis di atas memberi maksud umum merangkumi segala jenis harta. Berbalik kepada persoalan tuan berkaitan zakat dari pinjaman ini termasuk dalam harta kerja bebas (المَهَنُ الحُرَّة) berkategori zakat pendapatan yang mana kadarnya adalah 2.5% dari baki pinjaman yang masih ada. Syarak menjelaskan agar didahulukan segala keperluan asasi itu terlebih dahulu (sebagaimana yang disebut dalam soalan tuan) dan bakinya baharulah dikeluarkan zakat. Misalnya, tuan meminjam RM50,000 dan RM30,000 digunakan untuk keperluan, maka bakinya RM20,000 sahaja wajib dizakatkan. Jika habis wangnya digunakan untuk membayar hutang lama dan tidak ada lagi bakinya, maka tidak wajib dizakatkan. Jika ada baki baharu bakinya wajib dizakatkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 173

message user image