BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah menyewakan tanah sawah padi selama 3 tahun @ 6 musim mulai 2019 hingga 2021 sebanyak RM16,200.00. Wang sewa sawah ini telah diterima pada 9 Jun 2019. Soalan: Wang sewa sawah sebanyak RM16,200.00 itu perlu dibayar zakatnya atau tidak? Jika perlu dibayar zakatnya, bilakah tarikhnya iaitu pada tahun berakhir 2021 atau setiap genap 9 Jun setiap tahun atau dibayar terus sekarang (semasa wang diterima pada 9 Jun 2019) dan berapakah kadar RM bayaran zakatnya? Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, wang sewaan tanah sawah perlu dibayar zakat sejurus menerima wang tersebut, kerana telah melebihi syarat nisab yang dikenakan zakat. Wang sewaan tiada sebarang tempoh atau haul ke atasnya, kerana wang sewaan dikategorikan dalam zakat pendapatan. Untuk makluman, nisab zakat semasa (2019) adalah sebanyak RM 13,950. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 89

message user image