BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Salam mufti, Dulu saya selalu tengok video lucah. Saya berasa malu dengan diri saya. Saya pernah bernazar untuk meninggalkannya "aku akan berpuasa satu hari jika aku tengok video lucah lagi" Namun, saya tetap tengok video lucah dengan kadar yang banyak. Tapi sekarang saya sudah berhenti. Adakah nazar saya yang dahulu itu sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz nazar sedemikian adalah tidak sah. Allah SWT menyuruh manusia patuh dan taat kepada perintahNya dan jauhi dari melakukan kemaksiatan. Kita wajib melaksanakan perintah Allah dan jauhi apa yang dilarang-Nya. Justeru, tidak sah bernazar untuk melakukan perkara yang memang telah diwajibkan ke atas kita, atau bernazar untuk meninggalkan perkara yang memang telah diharamkan. Jika saudara ada melakukan maksiat, hendaklah bertaubat kepada Allah SWT, perbanyakkan amal ibadat dan jauhi daripada perkara yang melalaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (al-An’am : 54) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 183

message user image