Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada order di McD. Balik rumah baru perasan yang kami salah dapat order untuk satu makanan. Apa hukum makan makanan yang pekerja salah bagi order? Harga antara makanan kami dapat dengan yang kami order berbeza
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, sebaiknya, semak dahulu sebelum makan dan pulang ke rumah. Pastikan tempahan makanan dengan bayaran yang dibuat adalah betul. Dicadangkan agar saudari menghubungi pihak McD tersebut memaklumkan perkara ini bagi mendapatkan maklumbalas mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.