BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Status anak OKU dalam tanggungjawab penerima faraid. Assalamualaikum 1- Adakah betul anak OKU walaupun telah baligh anak tersebut akan tetap menjadi tanggungjawab penerima faraid/waris ayah/ibu/adik beradik bapa anak OKU berkenaan. 2- Adakah cara lain kalau tidak mahu bertanggungjawab keatas anak OKU tersebut? jikalau ada, apa yang perlu dibuat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, 1. Ya, anak OKU yang telah baligh adalah menjadi tanggungjawab kepada ahli waris. Mereka berhak ke atas faraid dan menjadi waris kepada ibu bapa dan ahli keluarga ke atas warisannya. 2. Tanggungjawab terhadap anak OKU adalah kepada ibu bapa dan ahli keluarganya selagi mereka masih hidup. Mereka adalah amanah dari Allah SWT dan menjadi tanggungan kepada nasabnya/ darah daging mereka sendiri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 191

message user image