BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم, saya sedang berpuasa 6 dan hari ini hari terakhir. Boleh kah esok saya terus sambung puasa ganti atau perlu rehat sehari terlebih dahulu? Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, harus untuk terus menunaikan puasa ganti setelah selesai puasa sunat enam Syawal. Tidak disyaratkan untuk didahului dengan tidak berpuasa sehari untuk meneruskan puasa ganti selepas selesai menunaikan puasa sunat enam Syawal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 80

message user image