Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya, apakah hukumnya memakan serangga? Saya hanya mengetahui bahwa hanya belalang yang boleh dimakan kerana terdapat hadis tentangnya. Tetapi bagaimana pula dengan cengkerik?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, para ulama’ mengkategorikan secara umum serangga dan seumpamanya sebagai perkara yang jijik, yang orang tidak makan secara uruf. Firman Allah SWT : وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ Maksudnya: Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk. (al-A’raf : 157) Justeru, memakan cengkerik hukumnya adalah haram. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.