BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya baru dapat tahu dalam mazhab syafie jika seseorang menajiskan badan dengan sengaja ia tidak dibenarkan. Adakah saya yang memakai baju mutanajis kerana basuhan berdosa? Bagaimana jika saya tidur dengan baju mutanajis lalu peluh semasa tidur? Adakah tilam menjadi najis hukmi? Bagaimana harus saya mensucikannnya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, pertamanya perlu difahami bahawa pakaian yang telah dicuci dengan bersih sehingga tiada lagi kesan najis padanya seperti warna dan baunya, tidaklah dianggap mutanajjis. Jadi, tidaklah dianggap seseorang itu menajiskan badan dengan sengaja. Jika terdapat najis terkena pada pakaian, hendaklah dicuci sehingga yakin kesuciannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 155

message user image