BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Benarkah kita dikira murtad sekiranya kita mengahwini pasangan yang bukan islam?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, berdasarkan kepada peraturan (undang-undang sedia ada), perkahwinan itu tidak boleh dilakukan (didaftarkan). Dalam ertikata yang lain, ia tidak sah dari segi hukum syarak dan undang-undang Islam. Jika perkahwinan itu dilakukan secara adat, ia dianggap sebagai bersekedudukan (tanpa nikah yang sah), kerana kejahilan. Ia tidak jadi murtad, tetapi melanggar perintah agama dan jika berlaku hubungan, ia dianggap sebagai zina. Tetapi, jika perkahwinan dijalankan dengan mengiktiqadkan tidak perlu ikut Islam, menafikan hukum syarak, maka ia boleh merosakkan aqidah dan jatuh murtad. Bagaimanapun, pengesahan murtad kepada seseorang, hanya boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Orang awam tidak berbidangkuasa bahkan ditakuti hukum murtad boleh kembali kepada pihak yang membuat tuduhan (menghukum murtad). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 141

message user image