Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Sepanjang tempoh mengandung (4 bulan ke atas), saya solat duduk dan tidak berdiri semasa membaca fatihah. Saya hanya mengetahui kesalahan itu selepas 4tahun. Perlukah saya qada' solat saya? Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, solat puan ketika hamil, adalah bergantung kepada sebab puan duduk. Jika mampu berdiri, maka tidak sah solat. Jika tidak mampu berdiri, maka sah solatnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.