BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Mohon huraikan maksud ayat 60 Surah An Nur. Adakah perempuan tua boleh membuka auratnyaseperti tudung?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak salah mereka menanggalkan pakaian luarnya dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka. Dalam pada itu, perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka.” (an-Nur : 60) Menurut tafsir al-Maraghiy, berkenaan para wanita yang tidak dapat melahirkan anak lagi kerana usianya yang sudah lanjut dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin, tidak berdosa untuk menanggalkan pakaian luarnya seperti baju labuh dan jilbab. Akan tetapi mereka diisyaratkan tidak menampakkan perhiasan yang tersembunyi seperti rambut, dada bahagian atas dan betis kepada mahram atau pun yang bukan mahramnya. Selain itu, perempuan tersebut tidak mempunyai kecantikan yang boleh menimbulkan syahwat. Namun, jika mereka memelihara kehormatan dengan mengenakan jilbab dan selendangnya, maka hal itu lebih baik kepada mereka daripada menanggalkannya kerana boleh menjauhkan mereka daripada fitnah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 91

message user image