Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum nya bagi seorang isteri memberi tahu pada anak-anak ayahnya sudah mati(suami) sedangkan suami @ ayah pada(anak-anak berikut) masih hidup dan tinggal bersama
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, isteri yang menipu anak-anaknya mengatakan bahawa ayah mereka telah meninggal dunia, hukumnya adalah haram dan berdosa. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda; آية المنافق ثلاث اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا ائتمن خان Maksudnya : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga: Apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mungkir, apabila diberi kepercayaan dia khianat”. (Riwayat Muslim) Tidak wajar seorang isteri menipu anak-anak sedemikian kerana ayah kandung anak-anak tersebut masih hidup dan ayah mereka bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak, dan perbuatan tersebut juga bercanggah dengan pelaksanaan hukum hakam agama seperti menjadi perwalian, mewarisi harta dan sebagainya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.