Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan: Assalamualaikum Bolehkah menginfakkan duit simpanan anak yang belum mumayyiz hasil dari sedekah atau pemberian orang ramai. Dan bagaimanakah cara yang terbaik menguruskan wang simpanan anak yang belum mumayyiz?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, harta yang diberi dan sedekahkan kepada anak adalah menjadi hak milik/ harta anak tersebut. Bagi kanak-kanak yang belum mumayyiz, bapalah sebagai walinya yang perlu menguruskan harta anak tersebut sehingga anak itu mampu untuk menguruskan hartanya sendiri. Harta anak tersebut perlu diuruskan dengan baik bagi menjamin masa hadapan mereka sama ada membuat tabungan demi pelajarannya di masa hadapan, atau simpanannya untuk menunaikan haji. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.