BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Baru - baru ini saya dan isteri bertengkar kerana kerap kali isteri menolak ajakan untuk bersama di tempat tidur, akibat terlalu marah saya telah berkata padanya " sumpah aku tidak akan sentuh (bersama) dengan kamu sampai bila-bila, kalau aku buat juga, jatuh talak 3". Keesokan saya menyesal, saya ingin penjelasan yang jelas adakah sumpah saya ini sah? Jika sah adakah jatuh dalam sumpah Al-Ila atau lafaz taklik? Semasa saya berkata begitu, tiada niat ingin ceraikan dia , cuma saya agak marah. Jika lafaz taklik, adakah sah sebab saya tidak berkata jatuh talak 3 keatas dia seperti dalam ayat di atas. Bantu jelaskankan pada saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz yang dinyatakan oleh tuan merupakan lafaz ila’ kerana telah disebut oleh Prof Dr Muhammad al-Zuhaily dalam kitabnya al-Muktamad mengenai rukun-rukun taklik yang bermaksud: “Sumpah ialah dengan nama Allah atau salah satu daripada sifat-Nya atau taklik persetubuhan dengan talak isterinya...” Dan akan membawa kepada jatuh talak 3 ke atas isteri jika tuan menyetubuhinya kerana lafaz tersebut juga sah untuk dihukumkan sebagai taklik. Sebaiknya, tuan hendaklah mengemukakan perkara tersebut kepada Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk membuat pengesahan status perkahwinan tuan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap lafaz taklik tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image