BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, saya minta pencerahan tentang taklik tambahan. saya dan isteri ragu tentang hal ini No 1 (taklik tambahan) secara bertulis tanpa saksi 1.1 (21/3/2019) Isteri saya telah kemukakan taklik tambahan kepada saya, seperti berikut : -tidak memukul -tidak poligami -tidak boleh mengunakan kekerasan -tidak curang Jikalau saya melanggar perjanjian tersebut maka sah talak ke isteri saya 1.2 dengan perjanjian isteri saya kemukakan, saya agak keberatan hendak menerima nya ustaz tetapi memandangkan untuk melegakan hati isteri saya, saya pun bersetuju tentang itu. 1.3 saya telah melanggar perjanjian tersebut (1.1) setelah 2 minggu setelah tulis surat perjanjian tersebut. dan telah memukul isteri saya atas sebab tertentu tetapi saya tidak mengunakan lisan talak ke isteri. beberapa hari kemudian kami berdamai balik dan isteri saya bersetuju tidak mengadu tentang perjanjian tersebut ke mahkamah syariah (1.1) tetapi ditambah lagi 1 taklik tambahan yang baru. apakah sah talak tersebut (tajuk no 1) ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan dan kenyataan tuan, talak taklik tambahan yang dibuat secara bertulis itu jelas membawa maksud kepada perceraian. Dalam hal ini, ia tidak memerlukan kepada lafaz. Cerai berlaku apabila suami melakukan apa yang dinyatakan dalam taklik tersebut. Jelas suami sedar ketika menulis taklik tersebut. Dalam isu ini, kaedah menentukannya adalah : الكتابة تقام مقام الكلام Yang bermaksud : “Tulisan itu mengambil tempat perkataan” Walau bagaimanapun, perkara ini perlu dilaporkan dan dibincangkan di Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran tempat tinggal, kerana keputusan bagi pengesahan talak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 115

message user image