BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: 1) Jika kita bermusafir seperti dari Malaysia ke India dengan menaiki kapal terbang, apakah solat jamak & qasar sekiranya sudah sampai di destinasi? 2) Kita sudah niat untuk solat jamak & qasar untuk Zohor & Asar di dalam penerbangan. Akan tetapi penerbangan itu lama, contonya perjalanannya memakan 5 jam. Apakah kita harus qada solat yang ditinggalkan tadi? 3) Kita ada lihat sebuah video dan seorang Ustaz ini mengatakan jika kita bercakap dalam solat selain kalam Allah atau zikir yang memang ada disebut dalam hadis, terbatal solat kita. Adakah apabila sebut "Ya Allah" di dalam solat akan membatalkan solat kita?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan; 1. Hukumnya adalah harus, kerana jarak perjalanan antara Negara Malaysia dan India telah memenuhi syarat untuk melaksanakan solat fadhu secara jamak dan qasar. Syarat solat jamak & qasar adalah seperti berikut: i. Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat. ii. Perjalanan tidak kurang dua marhalah (81 kilometer) bagi perjalanan sehala. iii. Solat yang diqasarkan (dipendekkan) hanya solat zuhur, asar dan isyak sahaja. iv. Hendaklah diniatkan jamak & qasar dalam takbiratulihram. v. Tidak boleh berimam orang yang bersolat tamam (sempurna). vi. Tempat yang dituju telah ditentukan, sekiranya tidak maka tidak boleh qasar. 2. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja hukumnya adalah wajib mengqadhakan solat tersebut. 3. Berzikir dalam solat tidak membatalkan solat, tetapi hendaklah membaca zikir yang telah ditetapkan untuk kita baca di dalam solat. والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 645

message user image