BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: 1.1. Saya ialah pengawas surau di sekolah saya, tetapi pelajar pelajar lain suka menjalankan tugas pengawas surau walaupun mereka pengawas surau, saya seringkali berasa geram seolah olah saya hanya memegang jawatan tetapi tidak membuat kerja, saya menghargai bantuan mereka. Adakah menjadi kesalahan jika saya melarang mereka membuat tugas pengawas surau. 2. Di dalam kelas saya tidak mempunyai apa apa jawatan. Tetapi saya selalu mengarah rakan saya yang mana AJK tertinggi kelas iaitu ketua ketua, yang selalu berdiam diri. Apabila saya mengarahkan mereka dengan meninggikan suara seolah seolah mereka tidak dapat menerima arahan saya walaupun dalam masa itu keadaan kelas dalam keadaan kotor . 3. Saya sering mengarahkan orang lain tetapi mereka tidak dapat menerima kerana saya hanya berdiam diri dan hanya mengarah. Adakah betul tindakan saya tersebut. 4. Di sekolah guru guru memastikan ke atas setiap pelajar untuk bersolat zohor dan asar secara berjemaah. Tetapi ramai antara mereka yang sering bersolat sendirian walaupun mereka tahu solat berjemaah lebih tinggi darjatnya. Apa yang harus saya lakukan bagi membendung masalah ini. Saya ialah pengawas surau di sekolah saya, tetapi pelajar pelajar lain suka menjalankan tugas pengawas surau walaupun mereka bukan pengawas surau, saya seringkali berasa geram seolah olah saya hanya memegang jawatan tetapi tidak membuat kerja, saya menghargai bantuan mereka. Adakah menjadi kesalahan jika saya melarang mereka membuat tugas pengawas surau. 2. Di dalam kelas saya tidak mempunyai apa apa jawatan. Tetapi saya selalu mengarah rakan saya yang mana AJK tertinggi kelas iaitu ketua ketua, yang selalu berdiam diri. Apabila saya mengarahkan mereka dengan meninggikan suara seolah seolah mereka tidak dapat menerima arahan saya walaupun dalam masa itu keadaan kelas dalam keadaan kotor . 3. Saya sering mengarahkan orang lain tetapi mereka tidak dapat menerima kerana saya hanya berdiam diri dan hanya mengarah. Adakah betul tindakan saya tersebut. 4. Di sekolah guru guru memastikan ke atas setiap pelajar untuk bersolat zohor dan asar secara berjemaah. Tetapi ramai antara mereka yang sering bersolat sendirian walaupun mereka tahu solat berjemaah lebih tinggi darjatnya. Apa yang harus saya lakukan bagi membendung masalah ini. 5. Adakah menjadi kesalahan sekiranya saya meminum susu kambing yang dijual oleh benggali susu itu kerana saya ingin mengikuti sunnah nabi dengan meminum susu kambing. 6. Kenapa ramai yang selalu memandang serong kepada golongan Arqam 7. Saya seorang pelajar yang sering menegur pelajar lain tentang etika pemakain iaitu memasukkan baju ke dalam seluar. Tetapi saya berpakaian melipat seluar separuh betis. Adakah ia menjadi kesalahan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, penjelasan adalah seperti berikut:- 1. Tidak menjadi satu kesalahan jika mereka berbuat demikian. Ini kerana mereka membuat tugasan tersebut dengan sukarela. Namun, saudara juga hendaklah menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saudara dengan sebaiknya. 2. Menjaga kebersihan di dalam kelas adalah tanggungjawab semua murid tanpa mengira jawatannya. Semua murid hendaklah bekerjasama diantara satu sama lain. Mereka hendaklah membersihkan kelas mengikut jadual yang telah disediakan. Sebaiknya, nasihati dan tegurlah mereka dengan berhemah. 3. Elakkan daripada suka mengarahkan orang lain, sebaiknya kita juga mengambil peranan. 4. Saudara dikehendaki melaporkannya kepada guru sekiranya ada pelajar yang tidak solat berjemaah, supaya guru boleh menangani dan mengambil tindakan yang sewajarnya. 5. Tidak menjadi kesalahan. Sunnah Nabi SAW ialah meminum susu, tanpa terikat dengan susu kambing sahaja. Susu lembu atau unta juga boleh diminum. 6. Saudara, Pertubuhan al-Arqam telah diharamkan berdasarkan kepada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mac 1994, dan Kali Ke-75 yang bersidang pada 12 September 2006. Justeru itu, ramai yang memandang serong adalah ekoran daripada ajaran yang diamalkannya didapati bercanggah dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ahli kumpulan tersebut telah diminta bertaubat. 7. Ya. Ia juga menjadi satu kesalahan kerana mengenakan pakaian tidak mengikut peraturan sekolah sepertimana yang telah ditetapkan kepada setiap pelajar. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 146

message user image