BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Soalan: Assalamualaikum WBT. Pertama sekali saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi membaca dan menjawab persoalan saya ini. Situasi saya, saya telah bertengkar dengan isteri saya, lalu saya ada terlafaz "kalau susah sangat kita cerai je". Persoalan saya adakah lafaz tersebut menjatuhkan talak, sedangkan ada perkataan "kalau" di situ. Adakah ia termasuk di dalam lafaz cerai taklik? Sekali lagi saya ingin berterima kasih sekiranya pihak tuan sudi menjawab persoalan saya, kerana saya tidak mempunyai rujukan lain. terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan dan penjelasan yang saudara berikan, lafaz tersebut berbentuk ayat pernyataan , oleh itu talak tidak jatuh. Namun begitu, perkara tersebut hendaklah terus dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan status pernikahan dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 160

message user image