Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukum menerima wang tips di dalam aplikasi GRAB dan e-hailing secara online ? Penumpang akan diberikan pilihan untuk memberi wangs tips di dalam aplikasi secara online setelah sampai ke destinasi yang dipersetujui tanpa pengetahuan dan pilihan dari pemandu. Adakah ini sama seperti meminta wang tambahan dari akad as-salam melalui tulisan ? Adakah halal untuk menerima wang hadiah tersebut apabila wang tersebut sudah masuk ke dalam e-wallet pemandu ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, harus menerima wang tersebut kerana ia merupakan wang hadiah daripada pelanggan. Aplikasi tersebut telah memberi pilihan sama ada mahu memberi atau tidak. Maka jika pelanggan tersebut memilih untuk memberi wang saguhati tersebut, maka itu atas pilihannya sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Tidak ada juga unsur-unsur yang membolehkan wang tersebut dihukumkan sebagai haram di sisi syarak. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.