Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: apakah hukum memakai cincin yang ada tertulis muhammad rasul Allah seperti dipakai oleh nabi(SAW)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukum memakai cincin yang ada tertulis “Muhammad Rasul Allah” seperti yang dipakai oleh Rasulullah adalah harus hukumnya. Namun, perlu dijaga daripada membawa cincin tersebut ke tempat-tempat kotor dan tidak dihormati syarak seperti tandas kerana terukir nama Rasulullah dan Allah pada cincin tersebut maka wajib dimuliakan akan dia. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.