BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: contoh saya buat sosial experiment mengenai mathematic dan merakam dri jarak jauh apakah hukum merakam video tanpa izin dan upload di media sosial?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, apa jua urusan yang dilakukan tanpa izin hendaklah dielakkan. Ini kerana, ia akan melibatkan soal hukum dan begitu juga dengan soal undang-undang. Lebih-lebih lagi melibatkan media sosial yang semakin terbuka penggunaannya oleh sesiapa sahaja. Apa jua rakaman yang dilakukan itu adalah di atas tanggungjawab sendiri. Sebaiknya, saudara juga boleh dapatkan maklumat dan panduan berkenaan perkara ini dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkenaan hal ehwal penggunaan media sosial agar tidak menyalahi akta yang telah dikuatkuasakan. Dari segi hukum, perkara ini hendaklah tidak menimbulkan fitnah atau aib pihak yang dirakam, sebaiknya perlu mendapat keizinan. Jika sebaliknya adalah haram. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujuraat : 11) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image