BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Soalan: Bolehkah anak luar nikah dinasabkan kepada si bapa sekiranya si bapa berkahwin dengan si ibu ketika bayi masih dalam kandungan? Contoh: Ali berkahwin dengan siti. Ketika itu siti sedang mengandung 1 bulan. Kandungan itu adalah hasil persetubuhan haram antara ali dan siti? Dalam keadaan ini bolehkah anak tersebut dinasabkan kepada Ali?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 82

message user image