BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Ayahnya pernah membeli sebuah rumah tetapi di atas tanah abang kepada ayahnya sebanyak RM15000 pada 20 tahun yang lepas. Akan tetapi pada tahun ini, abang kepada ayahnya mahukan semula tanah yang telah dibina rumah itu kerana ingin melaksanakan projek taman perumahan yang baru. Persoalannya, adakah ayahnya berhak mendapat pampasan rumah (harga yang dibeli atau lebih kerana permintaan tinggi atas peredaran masa) mengikut hukum islam? Jika ya berapakah jumlah pampasan yang dibenarkan? Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam Islam setiap urusniaga atau perjanjian mestilah dicatatkan secara dokumentasi supaya segala akad berlaku dengan jelas. Jika ini tidak diambil berat akan berlaku penindasan. Sama ada pampasan perlu ditunaikan atau tidak, ia bergantung kepada perjanjian yang telah dilaksanakan dan wajib dipatuhi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu” (al-Maidah: 1) Begitu juga dengan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: “Kaum muslimin wajib mematuhi perjanjian yang telah mereka sepakati.” (Riwayat Abu Daud) Kesimpulannya, pembayaran pampasan itu jika ada diperjanjikan, maka ia perlu dibayar (kadar bayaran pampasan juga perlu disepakati dan sewajarnya menguntungkan kedua-dua belah pihak). Jika tidak ada diperjanjikan, pertama: pihak kawan puan perlu merujuk kepada pihak berkuasa (mahkamah) untuk pertimbangan serta keadilan. Kedua: berdasarkan penceritaan puan, isu ini melibatkan ahli keluarga dan sewajarnya diselesaikan dengan cara lebih berhemah demi menjamin silaturahim antara keluarga mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 178

message user image