BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya ada dua(2) soalan. 1) Adakah telah jatuh talak jika suami mengatakan yang isterinya adalah janda? Untuk pengetahuan ustaz/ustazah, suami sama sekali tidak berniat untuk menceraikan isteri semasa mengatakan isterinya adalah janda. 2) Apa hukum jika suami menyebut perkataan "cerai"? Hanya satu perkataan iaitu "cerai" sahaja yang keluar daripada mulut suami, bila ditanya pada suami,dia tidak berniat untuk ceraikan saya. Harap dapat diberi penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, perkataan “janda” tidak dikategorikan sebagai lafaz talak. Maka talak tidak jatuh. Manakala untuk lafaz ‘cerai’, jika hanya perkataan tersebut maka ia tidak memberi maksud yang jelas dan tergantung. Jika niat suami untuk cerai maka jatuh talak, namun jika bukan maka tidak jatuh talak. Walaubagaimanapun saudara boleh merujuk kepada bahagian undang-undang keluarga jabatan agama islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 564

message user image