BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum ustaz, adakah cawan yg ditulis china fine bone adalah dari tulang babi? adakah saya perlu samak kerana sudah beli tahun lepas di tesco, saya sudah membuang cawan tersebut kerana was-was. adakah perlu saya sertu tangan saya kerana telah memegang cawan tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, produk tersebut dan yang seumpamanya jika bertulis Bone China adalah produk yang dibuat menggunakan tulang babi atau binatang lain yang tidak disembelih mengikut syara’. Puan boleh rujuk fatwa di link berikut : http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2006/739-hukum-produk-seramik-bone-china-yang-menggunakan-bahan-asas-dari-abu-tulang Justeru, puan hendaklah menyertu tangan yang telah memegang cawan tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 99

message user image