BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, penyewa rumah saya gagal membayar tunggakan sewa dan bil utility sebanyak RM2000 dan telah mengosongkan rumah. saya bertindak mengambil barangan beliau iaitu penapis air coway sebagai cagaran agar dia menjelaskan hutang tunggakan tersebut.(hanya itu sahaja yang bernilai) tapi rasanya ia masih dlm proses sewa beli. penyewa seorang bangsa india. saya memberi masa selama 6 bulan untuk menjelaskan hutang. sekiranya gagal saya ambil coway sebagai ganti. apakah hukumnya? minta penjelasan dan terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak boleh mengambil barang yang bukan hak puan selaku tuan rumah. Penyewa rumah juga mesti membayar sewa yang tertunggak kepada tuan rumah. Walau bagaimanapun, jika syarat yang puan kenakan itu dipersetujui oleh penyewa maka ia adalah harus. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 172

message user image