Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, boleh ke mengkafankan jenazah menggunakan jubah yang kita guna seharian (warna putih)?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, harus mengkafankan jenazah dengan menggunakan jubah. Daripada Ibnu Umar Rasulullah SAW telah bersabda: لَمَّا تُوُفِّيَ عبد الله بن أبي جاءَ ابنُهُ إلَى النبيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم فقالَ: يَا رسولَ الله أعْطِنِي قَمِيصَكَ أُكَفِّنْهُ فِيهِ وَصَلِّ علَيْهِ وَاسْتَغْفِرْ لَهُ. فأعْطَاهُ النبيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَمِيصَه Maksudnya: “Apabila meninggal Abdullah bin Ubai, telah datang anaknya kepada Rasulullah SAW maka dia berkata: Wahai Rasulullah, berikanlah kepadaku jubahmu akan ku kafankannya dengan jubahmu, dan akan ku solat ke atasnya dan meminta ampun untuknya. Maka Rasulullah SAW memberi jubah baginda kepadanya” (Riwayat Al-Bukhari) Hadis di atas menunjukkan keharusan memakaikan pakaian seperti jubah dan sebagainya kepada si mati. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.