BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Kawan saya nak pinjam duit RM 5k. Dalam masa 2 bulan tempoh. Masa nak bayar dia janji nak bagi extra RM 500. Apa kah hukum nya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, berdasarkan kepada situasi tersebut, adalah tidak harus untuk menerima tambahan RM500 sebagaimana yang dijanjikannya, kerana ia bukan amalan kebiasaan yang berlaku diantara saudari dan kawan tersebut. Ia adalah keuntungan yang tidak disyaratkan. Apabila kawan saudari membayar hutang lebih daripada hutangnya yang asal (RM5K), ataupun beliau memberikan hadiah sebagai tambahan kepada bayaran hutang yang saudari berikan kepadanya tanpa meletakkannya sebagai syarat dalam akad dan bukan menjadi amalan yang digunapakai (uruf), maka, saudari perlu pastikan beberapa perkara iaitu: i. Jika manfaat tersebut diberikan sebelum hutang dibayar sepenuhnya, adalah lebih baik jika ia ditolak. Kecuali jika amalan tersebut telah menjadi kebiasaan kedua-dua pihak sebelum akad hutang dilakukan. Berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya : “Apabila seseorang dikalangan kamu memberikan hutang, lalu orang yang berhutang memberikannya hadiah atau orang itu membawanya menaiki kenderaannya, janganlah dia naik atau menerimanya kecuali jika perbuatan itu telah pun biasa berlaku antara mereka sebelum ini”. (Riwayat Ibnu Majah) ii. Jika manfaat tersebut (bayaran tambahan atau hadiah atau sebagainya) diberikan selepas hutang dibayar, tindakan ini tidak salah dan kawan saudari telah selesai membayar hutangnya. Malah, beliau digalakkan berbuat demikian (tambahan) kerana umat Islam yang terbaik membayar hutang mereka dengan cara yang terbaik. Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, katanya: Maksudnya : “Suatu ketika aku datang menemui Nabi SAW. Ketika itu Baginda berhutang dengan aku, lalu Baginda membayar hutangnya dan Baginda membayar lebih kepadaku”. (Riwayat al-Bukhari) Bermakna, kawan saudari wajib membayar terlebih dahulu wang yang hendak dipinjam daripada saudari sebanyak RM5k, sebelum berjanji ingin memberi tambahan RM500 sebagai hadiah, kerana yang menjadi kewajipan baginya adalah membayar hutang RM5k tersebut. Jika dia tetap juga ingin memberi, sebaiknya urusan pinjam-meminjam ini mestilah direkodkan sebagai bukti jika wujud permasalahan di kemudian hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 264

message user image